Tuesday, May 19, 2009

LAGU KENANGAN


Crossfire


Realiti Dan Fantasi


Kita sering dibatasi

Realiti dan fantasi

Saat cinta bersemi

Bersama berilusi

Di situlah kita

Mengenal ertinya budi

Kasih sayang insani

Dan peribadi

Pada detik yang ngeri

Yang tak pernah termimpi

Ku dibaluti sepi

Kenangan membara lagi

Meracuni hati yang keterlanjuran

Baru kini ku akui

Kau masih milik ku lagi

Dan terus bersemadi

Hingga akhir nanti
s.h.i.d.a

Friday, May 8, 2009

Sejarah Aku dan Dirinya...

Pertemuan pertama kami bukan sahaja menjanjikan suatu keakraban sillaturahim malah adalah titik permulaan penyatuan jiwa..Flora dan fauna Eco Resort, Pahang menjadi saksi akan pertalian ini. Dia yang menjadi jurulatih kurniaan kementerian Belia & Sukan, memimpin remaja bangsa menyintai alam ciptaan Ilahi sebagaimana sesama insan. "Program Kembara Merdeka 2003" membawa aku ke pangkuan si dia tanpa menyedari akan takdir yang menanti kami berdua.
Perjalanan takdir membuka titian tercetusnya perasaan apabila aku menjadi uzur dan si dia menghulurkan penawar yang bukan sahaja menjadi penyembuh zahir malah telah jauh menusuk ke batin. chewah...(kisah benar nih).
Tanggal 27 Ogos 2003 menjadi tarikh keramat akan permulaan suatu sejarah yang akan terpahat untuk selamanya disanubari kami. Cinta yang berputik memberi sinar baru yang menyuluh sepanjang perjalanan episod hidup kami. Kata pepatah, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga". Namun, walaupun kail kami baru 3 inci badai kehidupan kami tempuhi jua berkat doa serta cinta dihati.
3 tahun berlalu, kecekalan cinta kami tiada tandingan maka ketulusan cinta dimenterai dengan ikatan pertunangan pada 30 Januari 2006 diikuti "Akad Nikah" pada 11 November 2006.
Keutuhan cinta aku dan si dia yang berputik dibelantara, berkembang indah dicincin pertunangan, menyeri hidup di salam akad nikah dan akhirnya persembahkan madunya di singgahsana persandingan...

Thursday, May 7, 2009

Danish Haykal @ Cicakman

Pengalaman Pertama,
kisah berlaku tahun 2007 bulan Ogos bertarikh 10 haribulan....

Critenya macam nih. Rase cam nak sampai waktu dah, tp asyik contract2 jer. Biler nak tetap pon x tau. (uik..makan dalam). Terus hubby bawak Hosp. Putrajaya.
Last minute nak deliver, bp naik mendadak. tinggi giler.
Doc takut la kalo pape jadi kat anak @ ibu. Aku pon secara x langsung jadi cuak. Yela no experience la katakan...Hubby kate jgn bagi doc pecah air ketuban lagi takut operate. Tp, pagi tu kul 7 pg aku dah dipecahkan air. Tak bukak besar2 pon. Lambat giler...Satu hari suntuk dalam labour room tu. Dah nak2 dekat kul 10.00 mlm dah bukak 9cm tp doc kate baby dah nak menyongsang n aku pon dah letih sgt.
Air pon dah nak kering...mcm2 yg ade kat pikiran aku. At last, emergency ceacer (EMC) gak. kalo aku tau kena operate, awal2 lagi dah. Tp tu sumer pengalaman yg x dapat dilupakan. Mungkin baby ni ikut ibu n baba dia kuar ikut tingkap..hehe..At last, seorang baby yg diberi nama Danish Haykal bin Mohd Norhafis lahir ke dunia dengan selamatnya...

Hari lahir : Jumaat (10.00 mlm)
Tarikh lahir : 10 Ogos 2007
Berat lahir : 3.6 kg
Makna nama : Pohon rendang yang berbuah (manyak untung)




masa dak ni lahir, babanya suke gile+sedih x sangka dah ber'title' bapak. Sile tgk muke..cam ala2 mithali gitu.. :)


kecik2 dah suke bergaye..sebijik cam muke aku mase baye2 dia nih.


time ni 6 bln..lambat skit merangkak..



Walau brape byk anak sekalipun, yg sulong tu tetap penyeri no.1








Wednesday, May 6, 2009

Darwish Hayder @ Wonder Pet

Sedikit sejarah kelahiran anakandaku yg ke-2..
Critenye macam ni...masa aku dah agak2 cukup haul 9 bln lebih, terasa macam perut x brape nak sedap. So, hubbyku yg 'tercinta' pun bawala ke hosp. serdang (dah set nak branak kat sini). Nurse pun check..tgk2 dah bukak skit. Trus aku kena tahan. Ntah camne lama gak dlm labour room tu. Masuk kul 7.00 mlm sampai kul 6.00 pagi sesudah suboh baru dapat lahirkan anakanda Darwish Hayder b. Mohd Norhafis secara normal, sihat dan agak sedikit gulap..hehe..(mungkin byk makan kicap, heh!)
Yang penting selamat...
Hari lahir : Ahad
Tarikh lahir : 16 November 2008
Berat lahir : 3.1 kg
Makna nama : Keberanianku..(Singaku) auuwwmm...
hari2 awal kelahiran
mengikut gak kerut (pembawakan mase pregnant..)


ciri2 gulap ade skit..so, bagi pakai bedak cejuk

4 bulan..dan sedikit fair n mulat

5 going 6 month
dah pandai meniarap

p/s -rase cam cepat jer mase berlalu n anak pon membesar dengan jayanya depan mata.

Tuesday, May 5, 2009

..HARI RAYE..


RAYE 2007

baru je lepas abis pantang beranakkan Danish 3 bulan

RAYE 2008


dah nak masuk 2 orang...hehe..satu tahun satu...hehe..pasni rancang plak erk..


tengah sarat nih...masih tersenyum..

ni raye haji 2008..dah ade baby baru..

p/s-baju cam samer jer raye 2007..hehe..x sempat nak tempah.baru lepas bersalin nih..














..semuanya bermula di sini..


Hari bersejarah tertulis di loh mahfuz...
diijab dan dikabulkan sepasang kekasih menjadi suami isteri 'yang sah'...
HAFIS & SHAHIDA
11 / 11 / 2006

Seronok erk bang...atas pelamin...selamat dah...

Indahnya yang bernama wanita itu bila ia dihiasi dengan senyuman...chewah

Jom Kawen.....hehehe

Bersanding di pelaminan pada 13 dan 14 Januari 2007